
Sulit
4 tahun
Gigi geraham bawah berlubang
saya dah cabut gigi geraham bawah dah hari ke 7. pada hati ke 4 saya pergi ke klnik gigi. sebb pipi saya bengkak . fan mengangu tido saya . dan dr telah bagi antibiotik. dan selepas makan antibiotik bengkak makin surut. tp saya persan bila saya berkumur akan ada kuar air liur mcm ada darah. tp bekas cabut x sakit dah . kenapa ya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Besar kemungkinan pendarahan tersebut disebabkan komplikasi pembedahan pada gusi. Namun masalah ini boleh juga berpunca daripada masalah lain seperti:
- Keradangan gusi
- Ulser mulut
- Jangkitan kulat
- Masalah pembekuan darah
- Akibat sesetengah ubat seperti aspirin
- Kanser seperti kanser oral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.