
asyikinruslan
4 tahun
Gigi Geraham Bongsu Cabut Dan Ulser
Saya berumur 22 atas faktor tak jaga gigi dengan makanan makanan bergula. Gigi bongsu geraham saya terpaksa cabut atas sebab karies dan berlubang besar.
Harini hari ketiga saya cabut. Tapi bengkak tak surut dan saya dapati ada ulser. Apa perlu saya buat ya?
Mulut pun tak boleh buka besar, ludah dan kumur sakit. Gosok gigi slow slow shj.
Terimakasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas gigi dicabut boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Atau ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).