
Sulit
4 tahun
Gigi geraham patah, banyak darah keluar
Salam Doktor, tadi saya mengalami gigi geraham patah. Lepas tu, saya berkumur, masa saya berkumur tu, banyak darah keluar. Apa saya perlu buat?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, perkara penting apabila berlaku pendarahan ialah untuk menghentikan pendarahan tersebut dengan menekan kawasan pendarahan menggunakan tisu atau kain. Jika pendarahan masih tidak terkawal, anda disarankan untuk segera ke hospital untuk mendapatkan maklumat serta rawatan lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi pendarahan yang lebih teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.