
ronaldo99h
5 tahun
Gigi goyang Dan rahang bengkak
Saya lelaki umur 20 nama herry,sya ada masalah sejak ada bnde tumbuh di bahagian tulng rahang saya rasa macam bjik dan keras walaupun x sakit bile tekan je rasa sakit… Sejak bende tu tumbuh keras gigi saya trus goyng dan mcm nk tercabut… Bolh sya nk tahu bahaya atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di rahang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tumor rahang
- limfadenitis akibat jangkitan kuman atau virus
- cyst
Sebaiknya anda merujuk ke doktor gigi agar masalah yang berlaku dapat dikenalpasti lebih awal dan dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.