
Sulit
4 tahun
Gigi kacip kedepan , gusi pada bahagian gigi kacip tidak rata . Apakah rawatan yang sesuai untuk saya jalani?
Gusi pada bahagian gigi kacip saya tidak rata . Gigi pada bahagian atas juga tidak kelihatan cantik .Salah satu gigi kacip saya kedepan dan tidak rata . Adakah perlu saya memakai braces . Saya juga ada buat kajian untuk menjalani proses gingivectomy . Tetapi mengikut pengetahuan saya , rawatan ini umpama membuang sebahagian gusi . Saya kurang pasti adakah gigi saya kelihatan cantik kalau saya buang sebahagian gusi pada gigi kacip saya itu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Menurut kenyataan anda, gejala yang dialami oleh anda ini perlu diperiksa oleh doktor gigi. Sukar ingin kami katakan rawatan manakah yang perlu dibuat kepada anda memandangkan pemeriksaan lanjut adalah perlu dilakukan terlebih dahulu.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.