
Sulit
5 tahun
Gigi patah akibat excident
Berapakah kos membuat gigi palsu dan wajarkah saya membuat tanam gigi? Yang mana satu lebih efektif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya hal ini haruslah tergantung kepada jenis patah gigi yang anda alami, kondisi gigi yang patah dan hendaklah bersesuaian dengan nasihat profesional seorang doktor gigi.
Contoh umunya adalah, sekiranya patah itu separuh, dan kondisi gigi sekitar bagus, anda boleh memilih untuk melakukan crowning sahaja. Sementara itu, sekiranya patah gigi tersebut terjadi seluruhnya, terdapat beberapa perawatan termasuk perawatan akar (gigi patah) yang harus dilakukan sebelum menanam gigi atau membuat gigi palsu. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor gigi di Klinik Kesihatan terdekat ataupun klinik gigi swasta dan berbincang pilihan yang sesuai dengan kondisi gigi anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.