
Sulit
3 tahun
Gigi sakit kerana gigit makanan keras
Saya makan makanan keras kemudian gigi saya ngilu. Berapa lama sakit ini akan sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah gigi sakit dan ngilu selepas mengunyah makanan keras. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Masalah gigi sensitif
- Gigi rapuh
- Tidak menjaga kebersihan gigi
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman
- Jangkitan pada akar gusi
- Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
- Jangkitan pada bahagian gusi ( gingivitis )
Kadar penyembuhan pada individu adalah berbeza-beza kerana ia memerlukan penilaian daripada doktor. Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.