akimibrahim13
4 tahun
Gigi sangat sakit selepas tampalan
Saya buat root canal treatment, selepas sebulan gigi pecah lagi dan menakibatkan ia kembali berlubang serta sangat sakit. Pegi lagi klinik, hanya buat tampalan. Selepas tampalan gigi masih sakit tanpa henti seperti sblm tampalan dibuat. Apa sebab dan harus sy buat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi mengurangkan rasa sakit pada gigi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Berkumur air garam
- Mengambil ubat tahan sakit
- Elakkan air yang sejuk
- Makan makanan lembut
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Terima kasih.