
Sulit
3 tahun
Gigi taring dan kacip kedua tidak tumbuh
Sy berumur 16 tahun mempunyai masalah gigi. Gigi kacip kedua rahang ats masih lg gigi susu dan ade yg tidak tumbuh lg gigi susu. Jd sy bimbang jika gigi sy lewat tumbuh. Jd bagaimanakah utk mempercepatkan proses pertumbuhan gigi kacip kekal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lambat tumbuh gigi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekurangan nutrisi terutamanya Vitamin D
- Keturunan keluarga
- Penyakit genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.