
Sulit
4 tahun
Gigi tidak tumbuh untuk tempoh yang lama dan anak kehilangan kenyakinan kerana gigi tiada
Sy ada anak berusia 6tahun.Masalah anak sy ialah pada usia beliau 1thn 4bulan,anak sy tersembam kedepan akibat ditolak dimana gigi hadapan dia cedera dan goyang dan keadaan berterusan sehingga gigi tersebut tercabut pada usia 2thn setengah.masalahnya sehingga kini masih tidak tumbuh. Anak sy hilang keyakinan. Apa.yg boleh sy lakukan utk pertumbuhan gigi tersebut.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Gigi anak yang tidak timbul boleh disebabkan oleh beberapa situasi, antaranya:
Gigi kekal tumbuh dengan cara atau susunan yang salah
Akibat dari posisi awal gigi kekal (yang berada di bawah/dalam gusi) yang tidak selari dengan lokasi gigi susunya, ini menyebabkan gigi kekal memerlukan bantuan untuk tumbuh secara sempurna.Trauma pasca gigi patah
Terkadang gigi yang patah tidak patah dengan sempurna sehingga menghalangi gigi baru untuk tumbuh. Pemeriksaan x-ray boleh memastikan keadaan ini.Nutrisi yang tidak cukup
Nutrisi adalah sangat penting untuk gigi dan gusi yang sihat. Kekurangan mineral yang penting untuk kesihatan gigi dan gusi boleh memainkan peranan dalam pertumbuhannya.Rahang yang kecil
Rahang yang kecil menyebabkan gigi kekal tidak dapat menembusi gusi. Pemeriksaan x-ray dapat memastikan kondisi ini.Genetik atau jantina
Pertumbuhan gigi baru juga tergantung pada genetik dan jantina seseorang, dimana terdapat keturunan yang secara purata memang mempunyai waktu pertumbuhan yang lama. Kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak lelaki lebih lambat tumbuh gigi berbanding perempuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di doktor gigi yang terdekat. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).