
Sulit
4 tahun
Gigi yang kuning atau kusam dan sebagainya
Pemutih gigi mexwa selamat digunakan atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am yang diberi mengenai masalah anda.
Untuk makluman, terdapat beberapa kesan sampingan dari segi penggunaan produk pemutih gigi secara amnya iaitu:
- Gigi menjadi lebih sensitif dan menjadi lebih mudah sakit
- Iritasi terhadap gusi dan boleh menjejaskan kesihatan gusi serta menyebabkan keradangan atau bengkak gusi
- Mendapatkan hasil yang tidak memuaskan
Secara amnya, penggunaan pemutih gigi boleh membawa risiko kepada kerosakan gigi dan gusi sekiranya ia diambil tanpa nasihat dan konsultasi doktor gigi anda dengan lebih dahulu. Sila pastikan anda berjumpa dengan doktor gigi anda yang berdekatan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.