Sulit
3 tahun
Gigil anggota badan serta mengalami jantung berdebar
Saya berusia 23 tahun dan sering mengalami kegigilan anggota badan,tangan serta mulut ia terjadi apabila saya berhadapan dengan orang ramai dan jantung saya berdebar2 apa perkara yang tidak dingini berlaku adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang anda perihalkan di atas, masalah menggigil seluruh anggota badan serta gejala jantung berdebar-debar ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Penyakit kegelisahan yang umum
- Serangan panik
- Serangan stress yang akut
- Masalah jantung berdegup tidak sekata (Arrythmia)
- Masalah kurang sel darah merah seperti anemia ataupun penyakit darah lain seperti Thalassemia
- Penyakit hipertiroid
- Penyakit jantung seperti atrial flutter atau masalah aorta tersembut (Aortic Stenosis)
- Kurang tahap gula dalam darah (Hypoglycemia)
- Dehidrasi
- Masalah buah pinggang (Acute kidney failure)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Simptom-simptom yang anda alami ini adalah sangat umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun, pada pendapat kami, kemungkinan masalah yang anda alami ini lebih tercederung kepada masalah serangan panik yang disebabkan sejarah trauma pernah dialami atau masalah hipertiroid.
Oleh itu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda alami bagi menjalani siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenalpasti punca masalah tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!