
Anonymous
5 tahun
Gugur kandungan berumur 6 minggu
Saya wanita berusia 31 tahun yang mempunyai 2 anak. Anak kedua Saya hanya berusia setahun (12bulan Dan 21 hari), Saya mendapati kali terakhir saya period adalah 5hb June 2019, yang mana sebulan yang lalu. Menguna upt saya didapati positif hamil yang mungkin kandung baru 6 minggu. Saya tidak mahu meneruskan kandungan kerana kami suami isteri tidak bersedia dari fizikal n psikologikal untuk menambah anak & saya ingin menyambung pengajian pada bulan 9 serta keadaan kesihatan sy yg kurang mengizinkan (hb low). Kini saya telah mengambil pil norethisterone 5mg dengan niat mahu mengugurkan kandungan ini. Akan tetapi sehingga Kini tiada kesian atau tanda yg sy akan keguguran. Apa nasihat doktor? 1. Adakah berbahaya jika baby ini tidak gugur Dan ia terus membesar Dan Adakah kemungkinan ia cacat? 2. Perlu kah sy membuat d&c.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Pil norethisterone lazimnya digunakan sebagai pil perancang kecemasan selewat-lewatnya 72 jam selepas hubungan seks yang tidak terlindung dan tidak digunakan unutk menggugurkan kandungan.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk memastikan janin anda telah gugur ataupun kandungan masih selamat bagi melalui pemeriksaan fizikal dan ujian diagnostik sebelum anda mengambil langkah seterusnya seperti d&c.
Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan menggugurkan janin. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.