
Sulit
3 tahun
Gugurkan kandungan usia 5 minggu dan ini kali ke2 dalam tahun 2021
Sya ibu kpd 3 org anak dan bekerja dan terlalu bz utk uruskan hal anak2. Sebelum ni pd januari 2021 sy telah megugurkan kadungan menggunakan pil. Dan pd bulan ini okt 2021 sy dapati sy telah positif sekali lg dan mmg tekad utk gugurkan kandungan kerana masalah peribadi yg betul2 boleh mengganggu emosi dan mental sy buat masa ini.
Soalan sy, adakah selamat utk sy buat penguguran kali ke2 dalam tahun sy sama? Ada kesan sampingan ke? Sy mengalami kejang perut sebelah kanan di ari2 aeminggu sebelum mengetahui sy positif hamil.
Sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, gangguan mental dan emosi anda. kami akan cuba membantu anda.
Namun, untuk makluman anda, gugur kandugan adalah salah disisi undang-undang kecuali atas sebab-sebab tertentu yang boleh membahayakan kesihatan atau nyawa ibu.
Selain itu, anda juga tidak digalak untuk gugur kandungan terutamanya dengan mengambil inisiatif sendiri seperti megugurkan di klinik yang tidak sah atau melakukan perkara tertentu yang boleh membahayakan keselamatan serta kesihatan anda.
Sebaiknya anda merujukkan perkara kepada doktor bertauliah agar anda dapat dibantu.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).