
Anonymous
5 tahun
Gusi bengkak bahagian belakang
Saya wanita dalam 20 an, gusi belakang saya bengkak sejak semalam disebabkan gigi bungsu nak tumbuh tapi pada tahun lepas saya lihat gigi bungsu saya sudah tumbuh keluar tiba2 semalam saya lihat gigi bungsu saya tenggelam semula dalam gusi dan mengakibatkan gusi saya bengkak sehingga gusi bahagian depan saya… Apakah ada ubat untuk tahan sakit… Kerana ia mengakibatkan muka saya turut bengkak dan mulut saya tak boleh dibuka…dan juga Gigi2 saya yang lain terasa nyilu… Saya sudah berkumur banyak kali dengan garam untuk redakan sakit tapi tidak ada effect apa2… Adakah cara yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda disarankan untuk ke doktor gigi agar rawatan lanjut pada gigi anda dapat dilakukan. Sementara waktu anda boleh mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit gigi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.