
izzahzulkaflee
5 tahun
Gusi bengkak di bahagian belakang bawah kanan
saya seorang wanita berusia 20 tahun, saya mengalami masalah pembengkakan gusi di bahagian belakang gigi graham dan ia telah menyukarkan kerja2 seharian saya. saya mengalami kesukaran utk membuka mulut sgt limited utk rahang saya buka dan sukar utk mengunyah dan menelan makanan. saya juga mengalami demam yg mengigil lantaran daripada bengkak gusi tersebut. saya tidak boleh berjalan jauh apabila saya berbuat demikian otot2 sendi saya terasa lemah. boleh saya tahu bagaimana dengan penyakit saya ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih