
Sulit
4 tahun
Gusi bengkak pada bayi
Anak mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun yang suka makan makanan yang manis. Dia juga tidak suka berus gigi. Sejak kebelakangan ini saya dapati gusinya bengkak. Boleh doc jelaskan punca dan cara atasinya. Tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berikut adalah kemungkinan terjadinya gusi bengkak pada anak anda :
- Kebersihan gigi yang tidak terjaga
- Jangkitan kuman pada gusi
- Penumbuhan plak pada gigi
Anda digalakkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut dan rawatan yang terbaik dan sesuai akan diberi kepada anak anda. Ubat tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anak anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.