
Anonymous
5 tahun
Gusi berdarah apa punca
Hai dokter !..saya mahu ajukn soalan.apa punca gusi berdarah. Setiap hari berdarah dan saya demam setiap hari.bila badan panas…darah makin banyak keluar dan pekat kadang membuat saya pening dn hilang selera makan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan gusi adalah salah satu tanda penting keradangan gusi. Terdapat pelbagai sebab ini terjadi. Antaranya ;
Penyakit Periodontal (Penyakit Gusi)
Pendarahan Gusi Berkaitan Dengan Masalah Perubatan seperti:
- Penyakit gusi yang berkaitan dengan jangkitan virus
- Perubahan hormon: akil baligh, haid, kehamilan.
- Penyakit hematologi
- Malnutrisi
- Ubat-ubatan
Kecederaan Mekanikal pada Gusi
Saya cadangkan anda perlu berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-punca yang mungkin, sama ada anda mempunyai penyakit periodontal atau sebarang masalah perubatan lain yang berkaitan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.