
Sulit
4 tahun
Gusi berdarah dan bernanah
saya lelaki berumur 32 tahun …
masalah saya sekarang … gusi bengkak di bahagian depan bawah gigi dan berdarah serta benanah apabila dipicit …
sudah berlanjutan hampir seminggu …
apa yang harus saya lakukan ??
saya sudah ke klinik biasa dan diberi ubat antibiotik dan ubat bengkak …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gusi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat menasihatkan anda untuk segera ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan. Hal ini kerana kondisi gusi yang bengkak dan bernanah dikhuatiri disebabkan oleh jangkitan kuman pada gusi tersebut. Sekiranya ia dibiarkan begitu, komplikasi lebih teruk akan terjadi. Maka, sila segera ke mana mana klinik gigi untuk rawatan lanjut.
Sekiranya anda telah ke klinik, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat yang telah diberikan oleh doktor. Pastikan ubat tersebut dimakan pada waktunya, pastikan anda mendengar nasihat dan arahan daripada doktor gigi yang merawat anda. Sila pastikan gigi anda sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.