
Sulit
4 tahun
Gusi berdarah selepas gigi dicabut
Boleh saya tahu kebiasaannya berapa lama darah akan keluar selepas gigi dicabut? Hari ini dah hari ke 2 tapi kawasan gigi yang dicabut masih berdarah lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tempoh masa bagi suatu pendarahan itu berhenti adalah berbeza bagi setiap orang. Kelazimannya jangka masa pendarahan bagi setiap luka ialah 2-7 minit dan masa untuk berhenti pendarahan ialah 8-15 minit.
Namun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masa untuk pendarahan berhenti. Antaranya ialah:
- Umur dan jantina
- Masalah kesihatan yang berkaitan dengan pendarahan
- Ganguan kepada luka
- Tempat serta kedalaman luka serta trauma
Jika pendarahan menjadi banyak atau berlarutan, anda dinasihati untuk pergi ke hosptal dengan kadar segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.