
Sulit
4 tahun
Gusi berdarah setelah cabut gigi geraham
Mak saya baru lepas cabut gigi geraham pagi tadi. Tapi darah nasih keluar x nak berenti. Selalu tukar kaoas bila sdh basah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi. Untuk makluman anda, kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
- Gangguan kepada darah beku: Ini biasanya berlaku apabila darah beku dalam soket cabutan tidak stabil.
- Tisu hiperimik: Ini bermaksud tisu (himpunan sel) yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan
- Mengambil makanan atau minuman panas
- Kes cabutan yang sukar atau lama
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini ke klinik berdekatan dengan kadar segera bagi mengelak sebarang komplikasi. Hal ini kerana bimbang akan pendarahan yang lama menyebabkan masalah yang lain pula. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.