
Sulit
4 tahun
Gusi bernanah lepas cabut gigi
Hi doc. Satu minggu lepas saya ada cabut gigi depan sebab gigi sudah rosak. Satu hari kemudian saya perasan ada nanah di lubang gigi yang dicabut. Saya sudah pergi juma doktor gigi dan doktor bagi saya ubat antibiotik untuk 5 hari. Hari ini hari terakhir untuk makan antibiotik. Tapi saya nampak nanah masih ada. Adakah ini bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gusi bernanah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk merujuk kembali kepada doktor gigi tersebut kerana hal ini sangat membimbangkan. Sekiranya ia dibiarkan berlarutan, kemungkinan jangkitan kuman dan keradangan akan berlaku dan boleh membahayakan kesihatan oral anda. Oleh itu, sila berjumpa dengan doktor gigi tersebut dengan segera.
Anda juga disarankan berjumpa dengan doktor gigi sekiranya mengalami gejala berikut:
- Sakit di bahagian gusi
- Gusi membengkak
- Demam
- Gusi berdarah tanpa henti
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.