nuralyanatasya99
5 tahun
Gusi hadapan bengkak teruk
Salam/hi. Saya berumur 20 tahun. Sejak 1minggu ini gusi saya mengalami bengkak yg agak teruk. Ianya di bahagia gigi hadapan, gusi membengkak di dalam dan di luar. Rasa sakit dan tidak selesa apabila nk makan. Hal ini terjadi apa bila saya bangun dari tidur dan mendapati gusi saya sakit bila memgosok gigi. Apabila di amati rupanya gusi saya bengkak. Sebelom ini memang gusi saya kerap berdarah apabila mengosok. Harap pihak DR dapat membantu. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang gusi
- Jangkitan Kuman
- Kurang Nutrisi seperti Vitamin B/C
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























