
fahmi.abe
4 tahun
Gusi sakit bahagian gigi atas
Saya dah alami 3 hari sakit dibahagian gusi, nak kata sakit gigi dah sentuh and periksa gigi tak sakit pun tak ada lubang pun, sakit gusi ni sakit yg tak berlarutan, dia dtg tiba2 tapi bila dtg pergh punya sakit dia, dah telan panadol macam tak jadi boleh ke saya pergi farmasi utk beli painkiller.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Untuk makluman pihak anda, sakit pada bahagian gigi tersebut sebaiknya dirujuk kepada doktor gigi. Hal ini kerana ia boleh disebabkan oleh masalah yang tidak kelihatan pada mata kasar anda.
Oleh itu sila rujuk kepada doktor gigi terdekat anda. Rawatan yang tepat serta ubat tanhan sakit jika diperlukan boleh disarankan oleh beliau sekiranya masalah tersebut berkaitan dengan gigi anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan nasihat tentang masalah ini. Terima kasih.