
Sulit
4 tahun
Gusi sakit berterusan
Saya wanita dalam 40an, dalam dua harini saya ada msalah sakit gigi dan bengkak gusi. Dah bermacam cara dan petua termasuk makan pil tahan sakit untuk menghilang rasa sakit. Tapi hanya beberapa saat sahaja hilang rasa sakit. Adakah msalah saya ni terlalu kronik, rasa berdenyut sakit berterusan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami iaitu sakit gigi dan gusi bengkak. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda, seperti:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (pharyngitis dan laryngitis)
- Jangkitan kelenjar air liur
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan proses makan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Ia juga boleh berpunca dari masalah lain yang tidak disebutkan di atas.
Alternatif lain, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.