
Anonymous
5 tahun
Gusi sakit dan bengkak
saya wanita berusia 20an . sudah berkahwin . baru2 ini saya ada mengalami sakit gigi yang teramat . selepas dua hari, gusi saya menjadi bengkak . Gusi bengkak ini telah berlaku lebih kurang satu minggu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)
untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit gigi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kebersihan mulut
- pemakaian pendakap gigi
- amalan pemakanan yang tidak sihat
- kekurangan vitamin
- kehamilan
- pengumpulan nanah dalam gigi, gusi ataupun tulang yang memegang gigi yang datang daripada jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.