
Sulit
4 tahun
Gusi sangat sakit dan ada putih putih
Saya baru cabut gigi reput pada hari isnin… Doktor ckp luka pada gigi saya agak besar
Skarang dah 5 hari. Tapi masih lagi sakit sangat… Juga terdapat putih2 di sekitar kawasan luka… Adakah ini normal? Saya makan painkiller pun tak ada kesan. Kena tambah actifast. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gusi sakit yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Keradangan pada ruang gigi yang tercabut
- Jangkitan kuman atau bakteria pada ruang gigi atau gusi
- Ruangan sinus yang terdedah melalui lubang gigi yang dicabut. Ini adalah serius kerana ia boleh menyebabkan fistula antara mulut dengan sinus yang terdapat pada kawasan tepi hidung (maxillary sinus) dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan keradangan ( Sinusitis )
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor gigi anda untuk memantau perihal tersebut bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih