
Sulit
4 tahun
Gusi sy ada benjol
Sy nak dkt gusi sy ada benjol…ape yg perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan yang anda alami tentang bengkak pada gusi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang menyebabkan gungsi bengkak,antaranya:
- tahap kebersihan oral yang rendah
- makanan yang tinggi kandungan gula
- jangkitan kuman pada gusi
- kekurangan vitamin
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Bagi mengurangkan bengkak ini berulang, anda dinasihatkan untuk:
- menjaga kebersihan oral dengan lebih baik seperti menggosok gigi minimum dua kali sehari
- menggunakan flos bagi mengelakkan sisa makanan terlekat di celah gigi
- melakukan pemeriksaan gigi di klinik pergigian secara berkala
- mendapatkan vitamin secukupnya untuk kesihatan gigi
Saya menasihatkan anda agar berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya simptom anda berlarutan. Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.