
Sulit
3 tahun
Gusis bengka krn begas behel
saye na tnnya dokter, dulu saye pakai behel uda 4 thn saye buka behel saye setelah 2 thn aye buka behel saye gusis saye jdi bengka dan mengakibat kan gigi saye goyang dokter… bagai mana saye na hilangkan bengka y dokter…? saye sudah tak tahan lg skit sngat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham masalah yang anda alami iaitu kesakitan dan bengkak pada gusi. Berdasarkan kenyataan anda, secara umum, terdapat beberapa penyebab berlakunya masalah sedemikian. Antaranya ialah:
- Karang gigi yang dijangkiti kuman
- Jangkitan gusi (gingivitis)
- Penjagaan rongga mulut yang kurang bersih
- Jangkitan kelenjar air liur
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Memandangkan adanya risiko jangkitan, anda disarankan untuk segera merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor gigi di klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan serta kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat selanjutnya. Terima kasih