
Anonymous
5 tahun
Habis haid seminggu keluar darah
Dr awal bulan sy dah datang haid selama 5 hari selepas seminggu habis haid ada keluar darah tetapi tak banyak macam darah haid dah seminggu keluar darah sikit2 adakah sy boleh bersama dgn suami or darah itu knp?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perdarahan di luar kitaran haid boleh jadi adalah:
- perdarahan implantasi
- menstruasi
- perdarahan disfungsi rahim
Merujuk kepada pertanyaan anda yang kedua, melainkan anda telah mengamalkan pencegahan kehamilan, risiko kehamilan adalah tetap tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.