
Sulit
3 tahun
Hadi tidak teratur hampir 3-4 bulan
Sy umur 32 tahun…suda hampir 5 tahun berkahwin…sy ada masalah haid tidak teratur…kadg setahun 2 kali…xpon 3-4 bulan sekali bru dtg…sy ade jumpe doc dan doc ckp sy pcos…sy mmg ada ambik clomid sebelum tidur…adakah pengambilan clomid dan pcos mnggangu sy untuk hamil…apa tips untuk sy ikhtiar hamil…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan pengambilan ubat untuk pcos. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pengambilan ubat clomid tidak mempunyai kaitan dengan proses kehamilan. Apabila anda mengambil ubat tersebut, badan anda akan mula bertindak balas terhadap kesan farmakologi pil tersebut. Anda tidak akan mengalami proses ovulasi dengan serta-merta. Namun, pengambilan ubat tersebut akan membantu ovari anda untuk bersedia bagi melalui proses ovulasi.
Seperti yang kita sedia maklum, masalah PCOS mampu menyukarkan peluang untuk hamil. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan tahap hormon lelaki tinggi yang menghalang pembebasan ovulasi. Anda boleh meningkatkan peluang dengan cara-cara seperti mengekalkan berat badan yang sihat, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan memantau ovulasi dan aktiviti seksual sekitar tempoh ovulasi.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.