
Sulit
4 tahun
Hai doktor……Tolong saya…..Tidak datang haid 3-4 minggu dari tarik yang sepatutnya. Please please please please please please please
Hai doktor…saya perempuan 12 tahun…3-4 minggu lepas ada darah keluar dari kemaluan saya seperti darah haid…ibu saya rasa itu darah haid tetapi dah hampir 5 minggu x keluar darah sejak hari yang sepatutnya…adakah itu darah haid…dan apa yang perlu saya lakukan jika itu darah haid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kemungkinan apa yang anda alami adalah datang haid. Namun begitu, pemeriksaan lanjut perlu diketahui untuk mengenal pasti masalah yang dialami oleh anda. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan mengapa seseorang perempuan mengalami masalah haid lewat ataupun tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan mengenai masalah yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.