Sulit
6 tahun
Haid 2 kali sebulan dgn jumlah yg banyak
Saya wanita berumur 37 tahun dan mempunyai 4 org anak. pada 20/08/2019 saya telah menjalani rawatan RF bg masalah slip disc ( lumbar) di hosp pusrawi
Pada 10/09/2019, saya telah dtg haid seperi biasa dgn anggaran 7 hari…tapi pada 26/09/2019, saya dtg lg haid dgn agak banyak…hampir pad penuh keseluruhan dan darah menitik2 keluar berketul…Mohon pandangan doktor…adakah saya perlu berjumpa pakar O& G walaupun saya tidak sakit…tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Baru menjalani pembedahan
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























