
Sulit
5 tahun
Haid 2 kali sebulan normal atau tidak
Hi Doctor, saya berumur 26 tahun dan memang mempunyai masalah haid tak teratur. Before ni memang saya pernah sebulan tak datang period and then the next month tu datang period 2 kali. Tapi untuk 2/3 bulan ni period saya dh macam nak start okay tapi bulan ni saya period 2 kali pula. First period 24/9-4/10 and 2nd start 12/10 smpai skrg. Usually saya period akan kena period pain tapi utk 1st period bulan ni so far takde period pain langsung tp utk 2nd period ada rasa sikit lah tapi tak teruk pun. Utk 2/3 tahun lepas saya ada scan rahim and so far doctor ckp rahim saya takde masalah. Tapi this year saya still tak scan lagi. Saya just nak tahu kalau period tak teratur ni tak semestinya ada penyakit merbahaya ke apa kan? And adakah situasi sy berbahaya bila period 2 kali ni. Even period 2 kali, tapi just bleeding mcm biasa. Tukar pad pun dlm sehari 2/3 kali mcm tu je and itupun tak fully penuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Memandangkan anda telah pergi berjumpa doktor dan keputusannya adalah normal, anda tidak perlu bimbang tentang masalah struktur rahim atau anggota reproduktif wanita. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit yang teramat pada bahagian rahim, simtom darah merah yang rendah; sesak nafas, letih, sakit dada, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagi masalah haid tidak teratur, sekiranya anda tidak selesa dengan masalah ini, terdapat rawatan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah diatas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.