Shany

6 tahun

Haid atau istihadah?

Saya mengalami masalah haid tidak teratur… kadang sampai 2kali sebulan… kadang sampai 15hari haid 15hari istihadah… kenapa ya… sampai kekadang saya tak dapat nak bezakan yang mana haid yang mana istihadah

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera. Masalah haid tidak teratur adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita. Kitaran haid anda dianggap tidak teratur sekiranya tempoh kitaran, jumlah pendarahan atau kadar aliran anda selalu berbeza.

Terdapat pelbagai sebab bagi kitaran haid yang tidak teratur seperti:

  • Ketidakseimbangan hormon akibat perubahan kepada badan seperti kehamilan, menopaus dan akil baligh.
  • Kontraseptif seperti pil kontraseptif atau kontraseptif intrauterin.
  • Stres akibat tekanan emosi, anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
  • Penyakit-penyakit seperti gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis, fibroid rahim dan kanser organ-organ reproduktif.
  • Ubatan seperti antidepresan, kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.

Kenyataan anda adalah betul bahawa ia adalah sukar untuk membezakan antara haid dengan pendarahan akibat penyakit (istihadah). Pendarahan akibat istihadah mempunyai pelbagai sebab seperti:

  • Keguguran anak
  • Penyakit pangkal rahim: “cervical ectropion,” “cervical erosion,” kanser pangkal rahim atau ketumbuhan polip
  • Kanser rahim dan endometrium: Ini lebih banyak berlaku selepas menopaus dan wanita yang lebih dari 50 tahun

Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor supaya boleh diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti sebab masalah anda.

Hai dan terima kasih kerana menghantar soalan anda.

Pelbagai faktor yang boleh menjadikan kitaran haid tidak sekata atau tidak teratur:-

  • Ketidakseimbangan kandungan hormon disebabkan perubahan kepada badan seperti kehamilan, melahirkan anak, menopaus dan akil baligh.
  • kaedah kontraseptif seperti pil kontraseptif atau peranti intrauterin. - Masalah seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS), gangguan hormon tiroid, fibroid rahim, endometriosis dan kanser ginekologi.
  • Perubahan emosi atau stres yang melampau kepada tubuh akibat gangguan makan seperti anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau, tekanan emosi atau latihan ketahanan yang berlebihan.
  • Ubat-ubatan seperti antidepresan, ubat kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.

Memandangkan anda telah mengalami tempoh yang tidak teratur, adalah bijak untuk berunding dengan doktor am atau pakar sakit puan anda untuk nasihat lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)