
Sulit
4 tahun
Haid atau kehamilan yang menjadi punca
Saya adalah seorang wanita berusia 24 tahun. Saya baru berkahwin tahun lepas dan kali terakhir melakukan hubungan adalah pada bulan 1 kerana kami pjj. 1 minggu selapas itu saya mengalami pendarahan yg saya kurang pasti haid atau apa kerana sedikit, bewarna pink dan cuma 7 hari sahaja berbanding selalunya saya haid lebih kurang 14 hari. Tetapi selapas itu hingga sekarang saya langsung tidak mengalami haid. Tetapi ujian upt saya masih negative selepas saya haid tersebut. Dan pada 2 hari lepas saya kerja di luar dan banyak angkat berat, saya sangka haid tetapi cuma 1 hari. Lendiran bewarna coklat. Boleh saya tahu kenapa sebenarnya yg berlaku kerana saya risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan gejala yang dialami oleh anda tersebut bermaksud anda hamil ataupun berpunca daripada haid kerana perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid yang tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid yang tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, kenyataan yang diberikan oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.