Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan dan kitaran tidak normal
saya wanita umur 21 … kebelakangan ini, kitaran haid saya tidak normal. pada bulan lalu, darah period sy yg sedikit dan kiraan hari sangat singkat… dan pada bulan ini, haid sy berpanjangan sehingga ke hari ini (ke-24) …dan darah yg keluar Agak banyak dan pekat… sehingga sy menjadi sangat letih… adakah itu normal atau sy perlu berjumpa dgn doktoe pakar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor




























