
Sulit
3 tahun
Haid berselang seli dan tidak teratur
Sy wanita berumur 25 thn. Sy pernah mengambil supplemen bioxcellent yg mengandungi herba2 spt fenugreek, peuraria lobata etc. ttp sdh stop 3 bulan yg lalu. Adakah turut memberi kesan pd haid sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Kami tidak pasti akan kandungan dalam produk makanan kesihatan tersebut, serta senarai di atas bukan diagnosis tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.