
Anonymous
5 tahun
Haid dah 5 hari tpi darah berketul keluar
Saya beruMur 28 tahun masih belum berkahwin. Sebelum ni dah 4 bulan period tak dtg. Bulan jun 23/6 baru dtg. Dah masuk hari ke-5 darah masih ada lagi. Tak banyak. Sebab selalu hari ke-5 dah jadi warna coklat. Tpi skrg masih warna Merah plus berketul. Kenapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik. Untuk makluman, masalah haid lewat atau tidak datang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- Kehamilan
Darah berketul adalah darah beku dan juga tisu lapisan dalam rahim. Ini adalah sesuatu yang normal melainkan ia disertai dengan gejala lain seperti sakit yang berterusan, pendarahan yang berpanjangan dalam kuantiti yang banyak, dan sebagainya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.