
Anonymous
4 tahun
Haid darah berwarna merah gelap
Saya berumur 39tahun, kitaran haid teratur tetapi berwarna merah gelap dan hanya 3hari sahaja datang bulan. Selepas tu hanya sedikit sahaja.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam/merah gelap, antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam/merah gelap
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyebabkan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam/merah gelap.
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam/merah gelap seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih