
Anonymous
5 tahun
Haid datang 2 hari sahaja
Saya datang haid 2 hari . Hari ke3 da abis . Pastu saya alami seperti krem perut . Pastu tiba2 datang keputihan . Pastu saya rasa lenguh2 belakang badan . Pelik juga saya . Sebelum ni tak penah jadi macam ni . Bole saya taw apa masalah saya ni emmm

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang sedikit termasuk:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.