
Sulit
4 tahun
Haid datang 2 kali dalam 1 bulan
Saya berumur 34 tahun, menghidap type 2 diabetes sejak Jun 2020 & mengambil injeksen insulin dan pil metformin (glumet). Bulan sejak bulan Jun 2020, period saya tidak teratur. Pada bulan Oktober, saya datang haid kali pertama pada 5.10 dan datang lagi pada 18.10. Hari ini 5.11, saya datang haid lagi. Apakah penyebab perkara ini. Adakah ianya merbahaya dan menandakan saya menghidap penyakit merbahaya yang lain? Adakah ianya dapat dipulihkan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid tidak teratur dan antaranya ialah diabetes. Namun begitu terdapat banyak lagi penyebab yang lain yang boleh menyebabkan haid tidak teratur seperti:
• Penurunan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Penggunaan ubat tertentu
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!