Sulit

3 tahun

Haid datang dua kali dalam sebulan

Saya mengalami haid sebanyak dua kali dalam bulan ni. Sebelum ni saya tak pernah mengalami seperti ini. Tarikh haid datang 6/9 dan kali kedua 24/9. Sebelum ini saya pernah dapatkan rawatan di klinik kerajaan kerana mengalami kencing kotor. Saya mengamalkan ubat yg diberi oleh doktor. Adakah disebabkan ubat yang mempengaruhi hormon saya?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang berlaku sebanyak 2 kali pada kitaran haid yang sama. Untuk makluman anda, haid ke-2 yang berlaku seperti anda perihalkan di atas mungkin adalah disebabkan oleh kedatangan haid, ataupun disebabkan oleh pendarahan yang tidak berkait dengan kitaran haid anda. Bermaksud darah yang keluar mungkin disebabkan oleh pendarahan lain.

Selalunya, rawatan yang diberi untuk kencing kotor atau jangkitan salur kencing (Urinary Tract Infections) adalah terdiri daripada beberapa jenis antibiotik. Namun, setakat ini terdapda tiada sejarah kes atau kajian yang mengatakan bahawa antibiotik ini akan mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita mahupun keseimbangan hormon wanita. Kemungkinan haid yang datang dua kali adalah disebabkan oleh beberapa faktor am seperti ketidakseimbangan hormon, senaman tidak seimbang atau gangguan stress. Selain itu, masalah pendarahan tidak teratur menurut situasi anda juga boleh disebabkan oleh keradangan pelvis (PID) yang berlaku akibat jangkitan UTI yang merebak ke reproduktif wanita.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Walaubagaimanapun, situasi haid yang datang sebanyak dua kali sebulan yang anda alami masih dalam lingkungan kitaran haid yang normal. Ia mungkin dipengaruhi oleh faktor tekanan emosi atau faktor-faktor lain yang disebut tadi. Sila pantau lebih lanjut sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur seperti tidak datang selama 2-3 bulan atau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti keputihan aneh, kegatalan, masalah kencing ataupun sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Doctor-Smiling

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)