Sulit
5 tahun
Haid datang dua kali
Saya wanita berumur 24 tahun… saya nak tanya doktor sepatutnya kitaran haid saya datang bulan lepas dalam 27/7 hujung bulan tapi haid saya datang lambat dalam 1/8 dan habis 6/8… tapi semalam saya datang bulan lagi sekali dalam bulan yang sama… adakah ini normal doktor? sebab haid saya pada bulan lepas lambat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang datang lambat tetapi dua kali dalam satu kitaran. Untuk makluman anda, perkara ini boleh dijelaskan dengan kemungkinan ia disebabkan oleh sisa baki haid yang terkumpul pada kitaran haid lepas. Ini menjelaskan sebab kenapa haid anda datang sedikit lambat pada kitaran haid yang lepas.
Namun, anda harus berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami yang berikut:
- Keletihan dan kurang selera makan
- Penurunan berat badan yang dastrik
- Masalah pendarahan haid yang berlebihan
- Peremesan lendir yang berwarna lain selain warna keputihan (coklat, kuning, kelabu)
- Berpeluh malam.
- Rasa sakit ataupun rasa penuh di bahagian bawah perut.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


























