
Sulit
4 tahun
Haid hanya 3 hari sahaja .adakah iya subur boleh mengandung atau pun tidak?
Hai doktor , saya mahu bertanya. Saya haid dalam sebulan hanya 3 hari sahaja, dalam 3 hari tu darah yang banyak, tapi hanya 3 hari sahaja. Sudah 3 4 bulan macam ni, sebelum ni ok 7 hari haid…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab membuatkan pendarahan yang banyak:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah ketika datang haid. Perkara ini perlu diberi perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor sekiranya hal ini mengganggu anda.
Sebagai maklumat tambahan, tempoh kitaran haid seorang wanita adalah antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya adalah di antara 2 hingga 7 hari. Berdasarkan keterangan anda, tempoh haid yang anda alami masih normal.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya:
- Pitam
- Pucat
- Lemah badan
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Jantung berdebar
Sekiranya anda mempunyai soalan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.