
Anonymous
5 tahun
Haid hanya keluar sedikit
Saya seorang wanita yang sdah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yg pertama berumur 3 tahun 7 bulan dan yg kecil 1 tahun 7 bulan.
Sejak 2,3 bulan ni sya perasan haid sya tidak teratur dan hanya sedikit saja keluar dan kadang2 berhenti kluar 2,3 hari kmudian keluar lgy. Baru2 ini saya da pergi ke klinik dan hanya diberi ubat melancarkan darah. Bila makan ubat tersebut haid sya kluar banyak sikit dari sbelumnya yg hnya bolh dikatakan 3 tompok darah sahaja. 3 hari saya mkan ubat tersebut dan haid saya sdah brhnti, tapi bahagian bawah perut dan pingang sya selalu sakit. Lpas 3 hari kemudian da lagi darah yg keluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid.Hal ini boleh juga berkemungkinan besar berlaku akibat kesan sampingan ubat yang anda megambil untuk melancarkan haid anda.Namun begitu perkara ini harus mendapat perhatian doktor.
Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid yang sedikit adalah sukar kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi Terima kasih.