Sulit
4 tahun
Haid lewat 15 hari tapi ujian UPT negatif
Saya berumur 33 tahun dan telah berkahwin selama 4 tahun dan tidak mempunyai anak. Berat badan saya 74 kg dengan ketinggian150 cm. 3tahun lepas saya hamil tapi keguguran selepas 3 bulan. Selepas keguguran saya tidak lagi hamil. Sekarang haid saya sudah lewat 15 hari, tetapi telah buat ujian UPT tapi negatif. Saya tiada rasa simptom hamil, sebelum ni haid saya mmg tiap2 bulan datang tidak pernah miss. adakah saya mempunyai masalah kesihatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid lewat selama 15 hari. Anda juga memakluman bahawa anda telah mengambil ujian UPT yang menunjukkan keputusan negatif.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid yang terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
Jika masalah anda masih berpanjangan, anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor ataupun doktor pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























