
Sulit
3 tahun
Haid lewat 4 hari adakah mengandung
Selamat sejahtera doktor, sy wanita berumur 38thn. Sy baru setahun berkahwin, bulan lepas(ogos) sy lewat 2 hari datang haid (15/08/21 - 19/08/21.sebelum itu sy tak pernah lewat dan selalunya haid sy on time dtg tepat pd waktunya.sy pun ada download apps kalendar period.ia nya terjadi selepas sy sudah selesai di vaksin dose yg kedua. Sy fikir sy mengandung disebabkan kelewatan 2 hari tersebut dan sy telah membeli alat ujian air kencing di farmasi.keputusannya negatif.dan sekali lagi ianya berlaku pd bulan ini, dimana sy lewat 4 hari mengikut kiraan kalendar period sy (10/09/21- 14/09/21).adakah sy mengandung?..untuk pengetahuan doktor suami sy outstatian lebih satu bulan. Last sy membuat hubungan bersama suami sebelum 2 hari ovulasi (akhir bulan julai), semasa hari ( 01 ogos) ovulasi dan selepas ovulasi (3 ogos)…adakah sy mengandung…sekarang ini perut sy rasa tak sedap seperti sengugut dan kerap perut berangin serta sakit pinggang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin tahu jika haid tidak teratur disebabkan oleh kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Kehamilan juga boleh menyebabkan haid lewat. Untuk memastikan ia adalah kehamilan, sila buat ujian pada Kit UPT. Ujian ini mempunyai ketepatan sebanyak 99%.
Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.