
Sulit
3 tahun
Haid lewat dari jadual
Saya telah mengalami period pada 29/9 dan saya punya kitaran normal selama 21hari . Pada 16/10 saya berkira hari itu bukanlah waktu subur saya dan saya telah menjalankan hubungan dengan pasangan saya dengan cara petting . Pada 29/10 saya telah mengalami period tapi mengikut jadual saya telah lewat haid seminggu . Adakah berkemungkinan saya untuk hamil selepas itu tanpa apa2 perhubungan lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kemungkinan untuk anda hamil. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancang, dsb) mempunyai risiko untuk hamil bergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Andai ada kemasukan zakar ke dalam vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Perlu diketahui bahawa sperma tidak boleh hidup lama di persekitaran luar, namun jika ia terkena bahagian faraj, masih ada risiko untuk mengandung. Untuk kepastian, anda boleh membuat ujian UPT. Masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas anda tidak datang haid.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.