
Sulit
3 tahun
Haid mengalami gangguan: tidak datang haid
Hi doktor, saya perempuan berumur 22 tahun, belum berkahwin. Kitaran haid saya sebelum ini normal. Tetapi hampir setahun sudah saya tidak datang haid seperti kebiasaan. Saya akui berat badan saya naik secara mendadak. Apa yang menggusarkan saya selain berat badan bertambah, selulit juga muncul dengan teruk dan jerawat saya pun naik teruk. Saya sangat tertekan apabila cuba diet tetapi berat tidak menunjukkan sebarang penurunan. Saya sudah 3 kali berjumpa doktor di klinik swasta berlainan, tetapi masalah sama masih berulang. Pada pandangan doktor apakah yang menjadi punca haid saya mengalami gangguan ?
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur dan peningkatan berata badan serta masalah jerawat yang sedang dialami ketika ini. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, peningkatan berat badan dan masalah jerawat antaranya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.